top of page
Search

Akid juara keseluruhan CP150 Cub Prix 2023

Posted : Meja Sukan, 26 November 2023, 6:38 pm

PETALING JAYA: Pelumba pasukan Petronas Yamaha CKJ Racing, Mohd Akid Aziz menutup musim ini dengan kejayaan manis apabila bergelar juara keseluruhan buat julung kalinya dalam kategori Perdana Cub Prix CP 150.

Pelumba berusia 25 tahun itu bagaimanapun sudah lebih awal mengesahkan kejuaraannya sebagai ‘Raja Litar’ sejak bulan lalu, semasa menduduki tempat pertama di podium dalam pusingan kesembilan di Litar Lumba Tangkak.


Dalam perlumbaan pusingan ke-10 yang berlangsung di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang, petang tadi, Akid berjaya mengumpul 191 mata keseluruhan walaupun tetap dicabar hebat rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran yang meraih tempat kedua.

Turut melengkapkan podium di tempat ketiga ialah bekas juara keseluruhan musim lalu, Azroy Hakeem Anuar dari Honda Yuzy Estremo.



0 views0 comments
bottom of page